Dilema Seorang Wanita Bila Masuk Usia 30 Tahun

 Apabila masuk usia 30 tahun banyak benda yang perlu difikirkan.bagi yang masih bujang mula terfikir adakah hidup sendirian lebih penting dari hidup berkahwin.Bagi perempuan bekerjaya ni perkahwinan terasa seperti tidak penting lagi apabila terdedah dengan cerita2 yang tidak sedap didengar di telinga seperti keganasan rumah tangga,cepat bosan bila berkahwin,berkahwin dengan biawak hidup, Suami gay sebenarnya atau lain2. Mula terfikir apakah maksud sebuah perkahwinan sebenarnya. Berkahwin demi nafsu semata mata atau demi nak membina sebuah keluarga Sakinah Mawaddah Warahmah iaitu ketenangan, kebahagiaan dan kerahmatan dalam islam.

Lagipun Bukan senang nak membawa orang asing masuk ke dalam keluarga sendiri. mampu ke diri sendiri nak sesuaikan diri dalam keluarga pasangan atau mampu ke pasangan tersebut nak sesuaikan diri dalam keluarga pasanganya.Awal2 perkahwinan mula2 mungkin terasa indah, ada orang kata 5 tahun pertama adalah fasa bulan madu madu,5 tahun seterusnya itulah fasa yang mencabar sama ada mampu harunginya ataupun bercerai sahaja jalan paling mudah.

Tak rasa sia2 ke berkahwin last2 bercerai.alasan paling tak masuk akal tiada persefahaman. Sedangkan Allah berkata yang manusia itu tidak sempurna, jika mencari kesempurnaan sampai  bila2 memang tak akan bertemu.Sebab itu kena bertolak ansur.dan dalam perhubungan juga komunikasi itu pun penting jika masing2 diam memang tak jadi la.Satu lagi kes curang, terfikir juga kalu dah suka kat pasangan tu kenapa memilih untuk curang.Kalu memilih untuk curang pun tak boleh ke terus berterus terang dengan pasangan bahawa diri tu dah tak mampu untuk mencintai pasangan tersebut. Kenapa memilih untuk menipu daripada jujur je dengan pasangan masing2.

Kalu dapat Yang jenis kaki pukul pula lagi teruk.Dah la diri ni insan yang lemah macam mana la nak lawan jika dapat jenis yang macam ni. Rasanya kalu dapat yang jenis macam ni lagi susah nak lepaskan diri dari perkahwinan. Ada terbaca satu artikel seorang perempuan yang dah bercerai pasanganya kaki pukul, Cari bekas bininya dirumah dipukul dan dibunuh akhirnya.Dengar kata perempuan tu dah lapor pada pihak berkuasa tapi macam tiada tindakan diambil last2 dia mati kena bunuh dengan bekas suaminya.

Satu lagi Sangat kesian kalu dapat suami Gay. Kenapa la seksa perempuan tu demi nak menyembunyikan rahsia diri.Dah baca banyak kes begini dalam media sosial. Sangat2 menyedihkan.

Paling seram jika dapat pasangan yang rogol anak sendiri. Itu lagi la menyeramkan.

Inila dilema seorang perempuan berusia 30 tahun nak fikir penting ke sebuah perkahwinan jika tersilap pilih pasangan.

Comments